PENJAJAHAN BARAT
SISTEM PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN
SERANGAN SOSIAL
KEGAWATAN EKONOMI
Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai salasilah tamadun islam dan tamadun asia.Selain itu,ia dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu dan merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka.
Thursday, 10 May 2012
faktor kemorosotan tamadun islam
statistik pembuangan bayi..

faktor-faktor
- Pergaulan bebas
- kemiskinan keluarga
- kurang didikan agama
Wednesday, 9 May 2012
Bayi dibuang diseret anjing
IPOH: Seorang bayi lelaki yang dicampak berhampiran kawasan perumahan
Anjung Bercham Indah, di sini, terselamat daripada menjadi ‘hidangan’
sekumpulan anjing liar yang menggigit dan menyeretnya, tengah malam
semalam.
Dalam kejadian jam 12 pagi itu, mangsa yang baru dilahirkan kurang seminggu terselamat apabila tangisannya didengari penduduk kawasan perumahan itu yang segera menyelamatkannya.
Ketika ditemui, bayi seberat 2.4 kilogram itu dibalut dengan kain putih sebelum diletakkan dalam plastik oleh individu yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. Saksi kejadian, Tan Swee Kong, 50-an, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Bercham berkata, dia mulanya terserempak seekor anjing dewasa menyeret plastik.
Bagaimanapun, katanya, dia yang menyangka plastik itu berisi sampah terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum menghalau anjing liar berkenaan.
“Saya membuka plastik itu sebelum menemui seorang bayi lelaki yang hanya dibalut kain putih.
“Saya yakin beberapa anjing liar sudah menyeret bungkusan berisi bayi itu dari lokasi lain sebelum ia sampai di hadapan rumah saya berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Turut sama melawat bayi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.
“Orang yang membuang bayi ini lebih hina daripada binatang dan perbuatan ini amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Sementara itu, Dr Mah berkata, bayi berkenaan kini berada dalam
keadaan stabil walaupun mengalami kesan luka dan sudah menerima rawatan
pakar kanak-kanak HRPB.
(mymetro=10/5/2012)
Dalam kejadian jam 12 pagi itu, mangsa yang baru dilahirkan kurang seminggu terselamat apabila tangisannya didengari penduduk kawasan perumahan itu yang segera menyelamatkannya.
Ketika ditemui, bayi seberat 2.4 kilogram itu dibalut dengan kain putih sebelum diletakkan dalam plastik oleh individu yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. Saksi kejadian, Tan Swee Kong, 50-an, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Bercham berkata, dia mulanya terserempak seekor anjing dewasa menyeret plastik.
Bagaimanapun, katanya, dia yang menyangka plastik itu berisi sampah terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum menghalau anjing liar berkenaan.
“Saya membuka plastik itu sebelum menemui seorang bayi lelaki yang hanya dibalut kain putih.
“Saya yakin beberapa anjing liar sudah menyeret bungkusan berisi bayi itu dari lokasi lain sebelum ia sampai di hadapan rumah saya berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Turut sama melawat bayi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.
“Orang yang membuang bayi ini lebih hina daripada binatang dan perbuatan ini amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.
(mymetro=10/5/2012)
Subscribe to:
Comments (Atom)

