Sistem Ekonomi Sara Diri
Pada
zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat
pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan
diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama.
Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam
amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara
pengebumian.
Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan.
Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan.
Sistem Ekonomi Komersil
Pada
abad ke-7, alat pertanian yang dibuat daripada besi mula diperkenalkan.
Penggunaannya dalam pertanian bertanggungjawab dalam penghasilan
tanaman yang banyak. Selain itu, sistem pembajakan yang menggunakan
binatang juga dimulakan. Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan
sistem pengairan dan kawalan air boleh dilakukan dengan berkesan. Salah
satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu di Szechuan.
Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan
dengan banyak.
Pada
zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu
kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah
diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan
pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain. Mereka
yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi
hamba. Kerajaan Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk
memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian bagi
meningkatkan keluaran negara.
Pada
zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat.
Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan dan terusan
diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai
kualiti yang tinggi.
Pada
zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha
untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan Shu pula maju dalam
pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur,
manakala Kerajaan Wu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze
yang subur yang sesuai bagi pertanian.
Pada
zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini
menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian malah kawasan
pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya,
pertanian telah diusahakan secara besar-besaran. Kemajuan dalam bidang
pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti
sutera, kertas dan porselin.
Pada
zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar
bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan permulaan tanaman padi 2
musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti
jagung India, ubi kentang manis dan kekacang telah diperkenalkan.
Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang
besar begitu juga dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada
peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi penanaman
secara komersil.
Pada
zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada
zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran pertanian dengan
peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara
komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini.
Sebagai
kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman
berjaya merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi
komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan
hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian
telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.
Sistem Ekonomi Perdagangan
Kegiatan
perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan
kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus
berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan
dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan
pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya
dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini
didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki
tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih
(bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).
Selepas
zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada
zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah
banyak sekali.
Pada
zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan
garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.
Selepas
Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan
sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan perdagangan.
Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan
politik menjadi stabil kembali. Peningkatan dalam pengeluaran pertanian
dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang
dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru
dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang
asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang
asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat
tetapi juga di kawasan lain.
Selepas
kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5
dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam
perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga
dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak bandar baru dan pusat
perdagangan telah muncul.
Pada
zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi
perdagangan asing ini tetap terletak di bawh penguasaan pedagang asing
khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar
keuntungan cari China dan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara
yang memburukan lagi keadaan ekonomi.


No comments:
Post a Comment