Riwayat: Bukhari
Hadith:
Daripada az-Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik
RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman)
al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa
sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada
zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati).
Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW.”
Huraian Hadith:
-
Masa yang akan datang lebih berat bagi manusia daripada masa yang berlalu.
-
Keburukan akan berleluasa pada akhir zaman.
-
Seseorang adalah di kehendaki bersegera dan berlumba-lumba beramal
dan melakukan kebajikan kerana keadaan pada hari yang lepas lebih baik
daripada hari yang akan datang.
-
Seseorang hendaklah menerima dengan sabar dan menghadapi dengan tenang apabila berlaku suatu kezaliman.
- Hits : 121
No comments:
Post a Comment